Sunday, May 8, 2011

Bila lagi wahai teman….

Bila lagi wahai teman, ingin engkau kembangkan potensi dirimu, yang sekian lama tersembunyi. Belum tiba kah masanya!!? Belum tibakah masanya wahai teman!!!

ZAMAN SEKOLAH

1. Saya kecil lagi, tak perlu dakwah pun tak pa. Dah besar nanti InsyaAllah

2. Sibuklah dengan tuisywn, kerja rumah, nak ‘exam’, ko-kurikulum, sukan….

3. “Parent’s i” tak bagi la…

4. Aku takut nanti ganggu akademik

5. Dah masuk ‘U’ nanti ok la “join” dakwah, fikiran pun dah matang sikit.

ZAMAN UNIVESITI/KOLEJ

1. ‘You’ faham- faham je lah, masuk ‘U’ ni bukan macam sekolah. ‘Study’ buku tebal-tebal, ‘assigment’ berlambak-lambak… nantilah lapang-lapang sikit.

2. Dah habis belajar nanti aku memang niat nak aktif dalam dakwah. Engkau jangan risaulah. Sekarang tumpu akademik dulu. Takt nanti dakwah entah ke mana, akademik ke mana.

3. Aku tengah ‘tension’ la… Awek/ Balak aku buat hal pulak…!!!

ZAMAN HABIS BELAJAR

1. Nantilah… dapat kerja dulu. Dah ada kerja nanti, dah stabil, ‘ok’ la ‘join’ dakwah. Ni diri sendiri pun tak lepas lagi.

2. Ada kenderaan baru senang nak bergerak ye tak? Tunggu la aku ada motor ke kereta nanti.

3. Mak bapak aku tengah bising tu. Diorang dah naik muak tengok aku asyik menganggur je. Kalau aku ‘join ‘ dakwah lagi la teruk kena hentam.

4. Letih belajar pun tak habis lagi. Bagilah peluang aku nak rehat kejap. Dari kecil asyik ‘study study study’, dah ‘grad’ ni ‘relax’ la kejap.Dakwah tu tak lari ke mana. Sampai masa nanti engkau tengok la …

ZAMAN KERJA

1. Sibuk laa… tau je la, keluar kerja pagi, balik dah tengah malam. Letih giler. Dah balik tentu nak rehat. Aduhhh…

2. Aku tengah pening kepala nak kumpul duit nak kahwin ni. Nantilah aku dah ‘settle’ masalah-masalah aku…

3. Dah kahwin mesti nak ada kereta . aku tengah cari duit nak buat ‘down payment’ ni. Ada kereta esok senang nak bergerak. Hujan panas ‘no’ hal.

4. Bergerak sorang-sorang ni tak berapa ’best’. Aku cadang nak kahwin dulu. Dah ada pasangan nanti baru laju sikit nak gerak. Betul tak?

ZAMAN KAHWIN

1. Engkau tahu aje la, dah masuk alam rumahtangga ni. Tanggungjawab bertambah, nak sesuaikan diri dengan pasangan, sengan keluarga pasangan… kena ambil masa juga. Hari cuti aje dah tentu kena balik rumah mak bapak aku ataupun rumah mak bapak dia. Adik-beradik dah bertambah. Kejap-kejap kenduri la, bertunang la, tahlil la, masuk rumah baru la, semua nak kena pergi tu. ‘Sorry’ la kawan, aku betul2 tengah ‘pack’ ni. Nanti-nanti la ye.

2. Orang rumah aku masalah sikitlah, kalau aku ikut program dak wah aje, dia mula muncung. Rumah tangga mesti diutamakan, ye tak?

3. Abang (suami) aku memang tak pernah terdedah dengan program-program dakwah ni. Jadi takkan aku nak keluar sedangkan dia asyik tarik muka aje.

4. Aku cadang nak tarbiyah isteri aku dulu. Pelan-pelanlah aku buka minda dia. Nanti dia pun dah ada minat, kami boleh geraj sama-sama.

ZAMAN ANAK-ANAK MASIH KECIL

1. Anak kecik, engkau faham-faham sajalah. Nak keluar rumah pun tak boleh. Sekarang kain baju, masak-memasak, kemas rumah, urus anak-anak semua aku buat. Memang aku tak boleh nak bagi masa untuk program agama la buat masa ni. Anak besar sikit nanti insyaAllah la.

2. Aku nak sambung belajar lagi la, kasi naik pangkat, tambah ‘income’. Baru boleh betul-betul stabil. ‘Time’ tu nanti insyAllah la aku boleh aktif. Nanti la habis sambung belajar dulu. Habis ‘master’ dapat PhD, baru lah ada nama sikit. Nak dakwah pun senang, cakap kita orang dengar.

ZAMAN ANAK-ANAK BERSEKOLAH

1. Nak dakwah macam mana, aku sembahyang pun tak ‘perfect’lagi, tajwid berterabur. Aku ingat nak mengaji kat surau la bab-bab sembahyang, tajwid. Dah boleh baca Al-Quran nanti baru la sedap nak ‘join’ program. Takkan terus-terus nak ikut program, nak dakwah yang ’basic’ pun tak lepas lagi, kan?

2. Umur dah meningkat ni, macam-macam penyakit dating. Badan dah tak kuat macam dulu. Setakat manalah aku boleh ikut program, setakat manalah aku nak berdakwah. Kalau kuat macam muda-muda dulu lain la. Nantilah… pelan-pelan…

Nanti… dan terus nanti… pelbagai alasan yang engkau berikan, mula-lah dari saat ini, tarbiyah tidak mengenal usia, di zaman mana- pun engkau berada, dakwah perlu berjalan. Usah engkau terbelit dengan perangkap-perangkap syaitan dan nafsu-mu sendiri.

Sedarlah wahai teman, kewajiban itu lebih banyak daripada waktu yang kita, maka bangkitlah, bangkitlah, bantulah saudara-saudaramu memanfaatkan masanya.

Renung-renungkanlah, Usah bertanguh-tangguh lagi… Engkau mampu mengubahnya…