Thursday, July 29, 2010

10 Wasiat asy-Syahid Hassan al-Banna


1. Dirikanlah solat ketika mendengar azan, walau bagaimana sekalipun keadaanmu.

2. Bacalah al-Quran, pelajari, dengarkan atau ingatilah ALLAH. Jangan mensia-siakan walau sedikit pun dari waktumu tanpa sebarang faedah.

3. Berusahalah untuk berbicara dalam bahasa Arab yang fasih kerana hal itu adalah sebahagian daripada syi’ar Islam.

4. Janganlah memperbanyakkan perdebatan walau dalam urusan apa pun kerana perdebatan itu tidak membawa kepada sebarang kebaikan.

5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubungan dengan ALLAH sentiasa tenang dan berwibawa.

6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang berjihad tidak mengenal kecuali kesungguhan.

7. Janganlah meninggikan suara melebihi keperluan pendengar kerana hal tersebut bodoh dan menyakitkan.

8. Jauhilah dari membicarakan hal orang lain (ghibah), atau mencela persatuan-persatuan. Janganlah engkau berbicara melainkan hal kebaikan.

9. Perkenalkanlah dirimu kepada saudara-saudaramu yang engkau temui sekalipun tidak diminta, kerana asas dakwah kita ialah kasih sayang dan berkenalan.

10. Kewajipan lebih banyak dari waktu, maka bantulah saudaramu memanfaatkan waktunya. Jika engkau memiliki suatu tugas, selesaikanlah dalam waktunya (jangan bertangguh).

Wednesday, July 28, 2010

Hadiah Hari lahir Dari Ilahi

assalamualaikum WBT....

Tanggal 18 Julai 2010 (Ahad) ana menerima hadiah daripada ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyang. Satu kejadiaan yang tidak disangka-sangka berlaku, ana terlibat dalam kemalangan jalan raya di bulatan Tabuan jaya menuju ke Samarahan.

Mengimbas kembali detik detik sebelum memulakan perjalanan hari itu, ternyata sebelum menaiki moto, ana sendiri lupa dan lalai untuk berdoa dan bertawakal kepada Allah ta'ala supaya perjalanan selamat. Petang ahad tu hujan renyai renyai, ana naik moto, konvoi dengan member2 nak pergi ke IPTAR ada sukan persahabatan, ana follow dekat dengan motor depan , sampai je kat bulatan tabuan, ada satu kereta wira merah himpit ana, ana tak sempat nak pecut potong kereta tu , tayar depan motor masuk lopak air, handle moto berlipat, tup tup ana sedar ana dah terpelanting atas rumput tepi jalan raya, habih basah seluar kasut beg, nasib baik la ana pakai helmet, kalau tidak berderai kepala, syukur juga kepada Allah jatuhkan ana atas rumput, kalau jatuh atas jalan raya, insyaAllah masuk hospital hari tu. Ana jatuh je ana terus lompat bangun lompat bangun, buka helmet campak dalam rumput, hati dah panas nak marak driver proton wira merah tu, sakit hati, sakit luka kat siku, ngan kaki. masa tu mulut ana tak sebut pun nama ALLAH... ana jerit pulak aarrrrggghhh.... nak tahan sakit punya pasal.
beberapa minit menahan sakit ana duduk atas rumput tgk tempat mana lagi luka or berdarah, kereta proton wira merah tu berhenti, member2 lain pun berhenti tolong ana, ada yang tolong angkat motor ana, ada yang tolong sabarkan ana, tolong kutip barang barang ana yang terpelanting, nak tau apa jadi dengan motor???? sat lagi ana cerita... driver proton wira merah tu datang tengok ana...

auntie proton wira: adik you okey ka?... I tak perasan you ada dekat sebelah... you bawa laju sangat tadi? macam mana boley jatuh...?

ana menjawab: okey okey.... saya okey... luka sikit saja tak ada patah... sory autie salah saya... saya jatuh lobang air tadi...

auntie proton wira: you dari mana?... you student ka....?

ana menjawab: saya dari kuching mau pergi samarahan... ada sukan... saya student medic...unimas... ~sambil mengerang sakit sikit2~

auntie proton wira: ini saya bagi kamu...untuk... kamu rawat itu luka....

ana menjawab: thank you auntie... sory auntie if I scratch your car...

Nak tau apa auntie tu bagi...? dia bagi RM50... kat ana... selepas tu, auntie tu pergi macam tu je la... nasib baik dia tak minta ganti rugi untuk kereta dia.. kalau calar ke ape ke... mahu beratus gak nak kena bayar.... ana yang salah ana dapat duit...Auntie tu kesian tengok ana kot... (dalam hati ana gembira je dapat duit la konon... sakit pun dapat gak ni...)
motor ana... side mirror dengan plat nombor depan , bersepai, dapat serpihan je.... enjin semua okey tak ada masalah... member tolong bawa ana naik kereta pergi ke IPTAR.... motor ana member lagi sorang tolong bawa pergi ke IPTAR. tak tercapai hajat nak main sukan hari tu... jadi tkang ambil gambar je...

Habis sukan petang, ana meneruskan perjalanan ke masjid unimas, sebab sebelah malam nya ana ada Liqo' Mahabbah dekat masjid kampung sindang... atas kehendak Ilahi... ana di uji lagi dengan kehilangan duit... baru je dapat duit RM50.... dah hilang pulak.... habis duit dalam wallet ana.. sampai yang duit sen sen pun dia kebas juga... curi kat dalam masjid tuuu....ana sedar duit ana hilang semasa ana dah pulang dari samarahan dalam pukul 2 pagi macam tu... pergi kedai makan, bila nak bayar je cek cek wallet.... tak da duit... pelik wal ajaib... bila pulak duit ana cicir ni... ana minta member tolong bayarkan dahulu...

Balik daripada makan... dalam perjalanan pulang ana berfikir, macam mana duit ana boleh hilang... setahu ana... sepanjang ana ada kat masjid kampung sindang tu... ana tinggal sekejap je wallet ana dekat dalam beg galas untuk pergi ambil wudu'... tinggal sekejap macam tu pun boleh hilang ke???... tiba tiba teringat masa baru baru sampai masjid tu,, ada seorang pakcik nasihat... suruh jaga barang.... betul betul kat sini banyak pencuri... hmmmmm..... menyesal dulu pendapatan menyesal kemudian tiada berguna lagi... duit pun dah tak ada...

Tapi yang peliknye, baik hati juga pencuri tu... dia tak kebas dengan handphone dan wallet sekali... kalau dia ambil semua.... habis ana kena buat IC baru lesen kad bank. dll... susah juga nak buat tu semua... lecer...

Malam itu ana tidur di kolej sebayor... termenung lama juga ana memikirkan apa yang berlaku pada ana.... sudahlah jatuh... ditimpa tangga pula... dah la accident... duit hilang pula.... haaiiihhhh... ana mengeluh... Ya ALLAH apa lah nak jadi dengan aku ni.... ( masa macam ini baru nak ingat Tuhan).

Ini lah Hadiah dari ALLAH... sehari sebelum hari lahir ana.... dalam seminggu... luka pun beransur pulih dah sekarang... baru ana memahami sebenar benarnya hikmah Ujian daripada Allah keatas diri ana... Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyang, mahu ana sentiasa ingat kepadaNYA... bila ana imbau balik seminggu sebelum ana ditimpa kemalangan.... memang ana banyak lalai dari mengingati ALLAH.... Al quran pun jarang baca minggu itu...apatah lagi ibadat2 yang lain...

Bila ana muhasabah kembali diri ana, ana bertanya kepada diri sendiri? dimanakah ana sewaktu hari18 julai, 23 tahun yang lalu.....mengapa ujian Allah ini ditimpakan keatas ana pada hari sebelum lahirnya ada ke alam dunia ini..? ya .. baru ana teringat sewaktu itu ana masih dalam kandungan ibu, sewaktu itu kita di Alam Arwah( dalam kandungan ibu), kita telah mengambil perjanjian dengan ALLAH Ta'ala. ALLAH Ta'ala berfirman dalam surah Al- A'raf:172

Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): "Bukankah Aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab: "Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi." (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: "Sesungguhnya kami (bani Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadap ini (keesaan Tuhan)",

ya... hari yang penuh bermakna buat diri ana... Allah Ta'ala menghadiahkan sebuat peringatan buat diri ana yang lalai ini... tentang perjanjian yang telah ana saksikan dengan jiwa ana sebelum dilahirkan ke dunia ini... agar ana sentiasa mengESAkan Allah Ta'ala....

Allah Ta'ala ingin ana mengingat kembali perjanjian yang telah dibuat sewaktu di Alam Arwah....agar diakhirat kelak, ana tidak akan mengatakan: "Sesungguhnya kami (bani Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadap ini (ke-Esa-an Tuhan)" .....

Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tiada Tuhan kecuali Engkau. Engkau ciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu. aku berada di atas janji-Mu, semampuku. Aku memohon perlindungan dari keburukan perbuatanku. Aku mengakui banyaknya nikmat(yang Engkau anugerahkan) kepadaku dan aku mengakui dosa-dosaku, maka ampunilah aku. Kerana sesungguhnya tiada yang mengampuni dosa-dosa melainkan Engkau....