Assalamualaikum WBT
Masih tidak terlambat untuk mengucapkan selamat tahun baru 2011, tahun baru yang bakal ditempuh, punyai pelbagai harapan, impian, dugaan dan cabaran.
Tahun 2010 pergi meninggalkan kita dengan seribu satu kenangan, pahit dan manis. semuanya berlalu dengan begitu cepat, tercatat dalam diari kehidupan kita sebagai seorang hamba-NYA. Semakin bertambah tahun, semakin meningkat usia kita, semakin kita menghampiri kematian. Kematian suatu kepastian yang sering kali kita dilalaikan dengan keindahan dunia lagi mempersonakan.
Memasuki tahun baru 2011, bermulalah posting baru bagi diri ini. posting terakhir sebelum melangkah memasuki peperiksaan yang bakal menetukan diri ini sebagai seorang DOKTOR. Dimulai dengan subPosting Geriatric Medicine ( perubatan warga emas) [yang berumur 65 tahun dan keatas].
Pertama kali diri ini menjejakkan kaki ke pusat jagaan warga emas Lions Nursing Home, hati ini menjadi terharu melihat keadaan para pesakit warga emas. Ada yang bernasib baik, masih lagi punyai fikiran dan ingatan yang waras, yang kurang bernasib baik pula, sudah menjadi pelupa di telan usia.
Tidak semua pesakit warga emas yang di hantar ke LNH ini yang diabaikan oleh anak2 mereka, tetapi anak2 yang ingin penjagaan terbaik buat ibubapa mereka dek kesibukan mereka mencari rezeki daripada kerjaya yang bagus yang diimpikan mereka.
Tidak kurang juga ada pesakit warga emas yang dihantar ke LNH ini, kerana anak2 sudah tidak mahu melayan kerenah ibu bapa yang sudah punyai penyakit pelupa (nyanyuk)~ Dementia.
Melihat keadaan mereka ini, diri ini berintrospeksi, mengingat kembali kedua ibu bapa yang berada di rumah, bagai mana keadaan mereka. sihat kah mereka? sakit kah mereka? terasa sebak didada... mengenangkan mereka. Diri ini tidak mahu mereka mendapat nasib yang serupa seperti sesetengah pesakit warga emas disini. Mereka disisihkan oleh anak sendiri.
Menyoroti hari hari muka, diri ini juga bakal menjadi seperti warga emas ini. sakit sana sini, lenguh kaki dan tangan, ada yang tidak mampu berjalan. kegagahan dihari muda, tidak kekal hingga ke hari tua.
Kitaran hidup ini sudah ditentukan oleh Allah SWT mengikut kehendaknya, mula dgn muda hingga ke akhirnya menjadi seorang tua...
No comments:
Post a Comment