Monday, February 21, 2011

Cermin Diri Hiasi Peribadi

Bismillahhirrahmanirrahim

Bersyukur kepada Allah subhanahu wata’ala kerana memberi kepada-ku kekuataan untuk menulis dalam entri blog ku ini. Selawat dan salam keatas baginda Nabi SAW, kepada ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda.

Sudah menjadi satu fenomena setiap tahun, para pelajar akan memilih bakal pemimpin mahasiswa di setiap kampus university masing-masing, di UNIMAS tidak kurang juga hebatnya seperti di Universiti – university lain, para pelajar yang tercalon mula berkempen di setiap kolej kediaman untuk menyebarkan agenda perjuangan mereka justeru untuk meraih perhatian para mahasiswa untuk mengundi mereka.

Masing- masing calon punyai para penyokong yang membantu mereka untuk berkempen, menggantung poster-poster di setiap ceruk, setiap tiang dan dinding di kawasan kolej kediaman dan kawasan legar di Fakulti. Harapannya agar para mahasiswa, sedar akan kehadiran calon ini, dan kenal terhadap peribadi mereka semasa berkempen. Namun apa yang terjadi, masa berkempen yang diperuntukan terlalu singkat untuk mengenal peribadi seseorang calon itu.

Dalam keseronokan, berkempen dan berpidato, lantang mengatakan agenda perjuangan dan sebagainya, terbit juga bibit- bibit nista dan omongan kosong, tidak terlepas juga ada dengan kata-kata yang mengaibkan sesama calon yang bertanding. Mengapa ini semua terjadi!? Adakah kau lupa terhadap pesanan Allah dalam Al-Quran, supaya tidak memburukan saudaramu? Kamu seorang MUSLIM, dia juga seorang MUSLIM? Kita semua bersaudara, mengapa mesti ada sengketa?

Allah swt berfirman:

"Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu berdosa, dan janganlah kamu mengintip, mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengahnya yang lain. Apakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) Maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Penerima taubat lagi Maha Mengasihani. " (Al Hujurat ayat 12)

Walaupun antara kamu (calon-calon & para penyokong) berbeda dalam aspek perjuangan, namun usah jadikan ia titik persengketaan dalam hatimu. Berakhlaklah kamu ketika berkempen. Masyarakat university, para mahasiswa melihat bagaimana peribadimu, melalui perkataan yang kamu lontarkan.

dan ingatlah firman Allah swt:

Sesungguhnya orang-orang beriman itu bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu mendapat rahmat.” (Al-Hujurat: 10)

Aku menulis bukan untuk menyakiti atau memburukan mana-mana pihak, sekadar melaksanakan tanggungjawabku sebagai saudaramu, yang menjadi CERMIN buat dirimu. Sama-samalah kita memuhasabah diri. Ketahuilah, setiap daripada kamu akan dipertanggungjawab atas apa yang kamu katakan, atas apa yang kamu kerjakan. kamu akan diberi balasan yang setipal dengan apa yang kamu lakukan.

harapanku buat para pemimpin mahasiswa

‎"berkerjalah kamu, maka Allah akan melihat pekerjaanmu, begitu juga Rasul-Nya dan org2 mukmin, dan kamu akan dikembalikan kepada Allah yg Maha Mengetahui yg ghaib dan yg nyata, lalu diberitakan-Nya kapada kamu apa yg telah kamu kerjakan". (9:105)

wallahualam

No comments:

Post a Comment